Assalamu'alaikum...
Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan
Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya
Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan
Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan
Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia
Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi
Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku
Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan
p/s ana tak da lagu ni dalam laptop just ada lirik je, ingat nak minta pada Kak Hajar la ;)
Wednesday, July 15, 2009
Allah Ajarkan Kita Sesuatu
Assalamu'aikum...
Entry kali ni ana nak kongsi tentang perkara yang ana hadapi waktu hantar adik ana pergi sekolah dia. Mungkin semua orang pernah rasa, tapi apa-apa pun ana nak cerita juga =). Pagi tue dalam jam 7 ana hantar adik ana pergi sekolah. Biasanya ana guna jalan taman baru sebab lebih cepat sampai, biasa la budak tak sabar. Tapi ana berkira-kira juga kalau guna jalan taman baru mesti lambat keluar dari simpang yang ada sebab tiada traffic light plus memang banyak kereta beratur kat situ. So tanpa berfikir panjang ana pun guna jalan biasa-jalan skema, ana panggil untuk jalan tue, sebab ada traffic light yang kena tunggu lama. Bila ana dah sampai kat jalan biasa tak sempat ana nak pecut traffic light tukar warna merah, alaaaa kena tunggu lama 99saat. Tapi part yang paling sedey bila ana toleh kiri, ana tengok simpang yang keluar dari jalan taman baru yang ana nak guna tu tak ada kereta pun. Terfikir jap kalau la ana guna je jalan taman baru tadi kan sampai cepat sebab awal-awal tu ana memang dah bawa kereta ikut jalan tu. Lepas je 99 saat traffic light ana terus pecut dalam pada tu terlintas something dalam hati ana. Mesti ada sebab Allah takdirkan ana guna jalan skema...emmm...yup kesabaran.
Nampak macam remeh je kan. Kesabaran kena di ajar melalui tunggu traffic light dalam masa 99 saat. Tapi pengajaran tu datang dari siapa? Allah. Jelas pengajaran yang diberikan menunjukan Allah juga ingat pada kita. Kadang-kadang kita tak sedar setiap yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada ibrah dan hikmahnya, sekaligus supaya hambaNya sentiasa mengingati Dia. Ana yakin apa yang berkalu pada ana merupakan pengajaran dari Allah buat ana =) Ana sentiasa ingatkan diri sendiri kehidupan ummat islam tu bukan sia-sia pasti ada sesuatu yang berharga setidak-tidaknya supaya kita sentiasa mengingati Allah. Peringatan juga buat semua sahabat agar kita sentiasa mengingati Tuhan kita-Allah sebab Dia sentiasa mengingati kita.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.
Ali 'Imran (3): 190-191
Sumber:
- Al-Quran tafsir
- Diri sendiri ;)
Saturday, July 11, 2009
Menangani Kejemuan Dalam Dakwah
Assalamu'alaikum...
Pendahuluan
Manusia diciptakan Allah Taala dengan pelbagai sifat dan tingkahlaku yang menunjukkan betapa berhajatnya mereka kepada bantuan dan pertolongan. Sifat-sifat seperti resah gelisah, takut, kecewa, bosan, malas dan sebagainya adalah gambaran kelemahan diri manusia itu sendiri yang diciptakan sebagai hamba Allah. Kelemahan dan sifat serba kekurangan ini boleh mendedahkan manusia kepada keadaan murung dan berputus asa yang akhirnya akan membawa mereka kepada hilang pergantungan dengan rahmat Allah Taala. Sabda Rasulullah s.a.w:
إن لكل عمل شِرَّة، ولكل شِرَّة فترة
Maknanya: “Sesungguhnya bagi setiap amalan ada masa bersungguh(cergasa) dan setiap kecergasan ada masa jemu...”. Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Tirmizi.
Suasana persekitaran, pergaulan, kejahilan, kecintaan kepada dunia dan tiadanya murabbi adalah antara faktor kemurungan dan kebosanan dalam melaksanakan perintah Allah Taala. Ia samada berkaitan dengan ibadah mahupun dalam kerja-kerja dakwah. Keadaan ini adalah perlu diberikan perhatian kerana bimbang ia akan menjadikan seseorang itu hilang rasa nikmat beribadah dan berjuang di jalan Allah. Kertas kerja ini akan memberikan fokus perbincangan kepada kebosanan di dalam amal Islami yang sering melanda amilin dalam dakwah yang akhirnya menjejaskan gagasan yang telah digariskan di dalam perjuangan.
Definisi ’Al-futur’.
Menurut Mukhtar Al-Sihhah, Al-Futur itu bererti lemah, tumpul. Manakala Al-Raghib Al-Asfahani di dalam Mufaradat Al-Quran menyatakan bahawa erti Al-Futur ialah diam selepas bergerak cergas, lembut selepas keras dan lemah selepas kuat.
Ibnu Hajar rahimahullah berkata bahawa Al-futur ialah:
" الملال استثقال الشيء، ونفور الناس عنه بعد محبته، وهو داء يصيب بعض العباد والدعاة وطلاب العلم، فيضعف المرء ويتراخى ويكسل، وقد ينقطع بعد جد وهمة ونشاط. وفي القرآن الكريم قال الله تعالى مثنيا على الملائكة: [ يسبحون الليل والنهار لا يفترون ]
Maksudnya:Bosan, berat untuk melakukan sesuatu dan orang lari darinya selepas awalnya suka kepadanya. Ia adalah penyakit yang menimpa sebahagian hamba, para daie dan penuntut ilmu. Seseorang itu akan jadi lemah, bertangguh dan malas. Seterusnya meninggalkan dari melakukan sesuatu selepas awalnya ia bersungguh dan cergas. Di dalam Al-Quran Allah Taala memuji para MalaikatNya dengan berfirman: (( Mereka (para Malaikat) bertasbih malam dan siang tanpa jemu )).
Sebab-sebab Al-Futur dalam Dakwah.
Bagi seseorang yang terlibat dengan gerakan dakwah ia tidak boleh lari dari sifat sebagai manusia biasa yang terdedah kepada kebosanan dan kejemuan dalam dakwah. Bahkan para sahabatpun ada yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w bilakah kemenangan akan tiba kerana sudah bosan dengan tentangan hebat dari golongan musyrikin. Dalam dakwah kebosanan berlaku samada akibat dari kelewatan mendapat kemenangan atau berpunca dari terjadi berbagai ujian yang berat kepada pejuang Islam. Allah Taala berfirman dalam surah Al-Taubah ayat 42:
Yang Maksudnya: Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta”.
Kebosanan dan kejemuan dalam dakwah adalah berpunca dari dua faktor utama iaitu faktor-faktor dalaman dan faktor-faktor luaran:
A. Faktor-faktor dalaman
1) Kejahilan yang menimbulkan keraguan kepada kesahihan tanzim.
2) Lemah amal ibadah.
3) Kurang mengamalkan sunnah dalam kehidupan harian.
4) Berlumba memperolehi populariti dalam dakwah.
5) Tidak berdisiplin dan kerja tidak tersusun.
6) Sentiasa berburuk sangka sesama ikhwah.
7) Tidak menghadiri tarbiah.
8) Tidak menghadiri aktiviti jamaah.
9) Tidak bersederhana/melakukan sesuatu secara melampau.
10) Tiadanya aktiviti Istirahah Al-Nafs.
B. Faktor-Faktor Luaran.
1) Jamaah tidak memberikan peningkatan kepada diri.
2) Ikhwah dalam jamaah tidak bersifat terbuka.
3) Tanzim yang bercelaru.
4) Aktiviti yang membosankan.
5) Kepimpinan yang tidak memberikan contoh yang baik.
6) Perpecahan dalam jamaah.
7) Serangan bertubi-tubi dari musuh.
8) Kemewahan hidup yang menamkan rasa selesa dengan apa yang ada.
9) Pengaruh wanita.
10) Pengaruh keluarga dan anak-anak.
11) Tekanan di tempat kerja.
12) Kekalahan dalam peperangan dengan musuh.
Faktor-faktor di atas adalah penyebab kepada timbulnya Al-Futur di dalam diri pejuang-pejuang Islam. Sebagai contoh ialah kekalahan, ia boleh menyebabkan hilang keyakinan untuk meneruskan perjuangan seperti berlaku di dalam perang Uhud. Apabila umat Islam ditimpa kekalahan, ramai yang mula kecewa, hilang keyakinan dan rasa bimbang dengan masadepan Islam. Lalu Allah Taala menjelaskan sendiri mengapakah kekalahan berlaku dengan firmanNya:
Yang maksudnya: Dan Mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu Telah menimpakan kekalahan dua kali ganda kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: "Darimana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya dua pasukan, Maka (kekalahan) itu adalah dengan izin (takdir) Allah, dan agar Allah mengetahui siapa orang-orang yang beriman. Surah Ali-Imran : 165-166.
Dengan turunnya ayat di atas barulah para sedar bahawa kekalahan yang berlaku adalah berpunca dari kelakaun mereka sendiri yang tidak menuruti arahan Rasulullah s.a.w. Lantas selepas daripada itu mereka tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama dan akhirnya Allah Taala kurniakan kemenangan dengan pembukaan Kota Mekah yang berlaku secara aman.
Penyelesaian.
Bagi menyelesaikan dan merawat penyakit Al-Futur yang menimpa ahli jamaah Islam maka terdapat beberapa tip yang boleh dijadikan sebagai panduan iaitu:
1) Membaca Al-Quran yang mengisahkan kesusahan perjuangan Anbiya.
2) Membaca Sirah Rasulullah s.a.w.
3) Membaca sejarah pejuang Islam masa silam.
4) Solat berjamaah.
5) Tingkatkan amalan sunat.
6) Hidupkan sunnah dalam kehidupan.
7) Meninggalkan amalan makruh.
8) Kurangkan menonton TV.
9) Selalu bersama solihin.
10) Hadiri majlis ilmu.
11) Selalu berhubung dengan ahli jamaah.
12) Amalkan pengurusan diri dan berdisiplin.
13) Menjaga masa.
14) Kreatif mempelbagaikan aktiviti jamaah.
15) Mengamalkan kesatuan fikrah dan kesatuan amal.
16) Libatkan semua peringkat ahli jamaah Islam dengan tarbiah.
Kesimpulan.
Para Qiadah dalam jamaah Islam seharusnya bersifat peka terhadap perkembangan di kalangan ahli-ahli jamaah Islam yang mempunyai tingkah laku dan kecenderungan yang pelbagai. Kebijaksanaan qiadah amat perlu bagi memastikan faktor-faktor yang membawa kepada Al-futur dalam dakwah dapat ditangani dengan sebaiknya agar intima di dalam jamaah bukan sahaja kerana kebenaran yang dibawa tetapi kerana keseronokan bersama-sama memperjuangkan Islam. Qiadah yang tidak sensitif dengan perkara-perkara seumpama ini akan membawa kepada kecenderungan ahli jamaah meninggalkan perjuangan Islam.

- http://zuridanmdaud.blogspot.com
Mana ISTIQAMAH mu?!?
Assalamu'alaikum...
alkausar said...
=).tahniah.teruskan perjuangan seorang muslim!!!
qalbun.qalbi said...
teruskan semangat tulis blog,,satu bentuk dakwah juga..syabas!!

Bila buka komen-komen yang ada rasa nak nangis je...dah lama ana tak update blog ana. Kalau ikutkan dah lebih 3 bulan. Susahnya istiqamah, tambah-tambah lagi dalam perkara kebaikan. Tapi kalau nak buat benda-benda jahat "cepat dan sentiasa" je. Ana minta maaf sangat pada semua yang melawat blog ana kalau tak ada apa-apa entry pun, afwan sangat-sangat. Tadi tiba-tiba terasa nak buka komen-komen dari sahabat, sekadar nak melihat. Tapi Allah tetapkan lebih baik lagi, mungkin nak bagi pengajaran dan sedar kelalaian kot bila terbaca dua komen kat atas tu. Syukran pada pemberi komen sebab menyedarkan ana, Insyallah lepas nie kena sentiasa istiqamah. Kepada semua yang melawat blog ana, doakan ana sentiasa istiqamah untuk lakukan kebaikan terutama sekali dalam melakukan tarbiyah mengajak kepada Allah.
Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang
menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebaikan dan berkata,
"Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)".

Fussilat (41): 33
Sumber:
- Al-Quran tafsir
Monday, May 25, 2009
Siapakah kaum itu????
Assalamu'alalaikum......
Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa diantara kamu yg murtad (keluar) dari agamanya, maka kelak Allah akan datangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yg diberikanNya kepada siapa yg dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), Maha Mengetahui.
Al-Ma'idah (5):54
Betapa besarnya kurniaan Illahi kepada hambanya, hanya saja kita yang tidak pandai bersyukur dan menggunakannnya sebaik mungkin. Al-Quran. Insyallah untuk entry kali nie ana nak ajak sahabat-sahabat untuk merenung ayat-ayat Allah dalam Surah Al-Ma'idah diatas. Kalau siapa-siapa nak buka tafsir sambil baca sangatlah dialu-alukan :) Siapakah orang itu? Insyallah kalau sahabat baca sampai habis nanti sahabat akan faham.
Berbalik kepada tafsir diatas sebenarnya Allah sedang menerangkan kepada kita tentang profil akhlak seorang muslim. Sekiranya dibaca pada permulaan tafsir tersebut Allah menegaskan bahawa Dia akan menggantikan suatu kaum dengan kaum yang lain yang lebih baik sekiranya kaum yang pertama engkar pada Allah. Kaum pengganti ini lebih baik kerana ada ciri-ciri tertentu yang tiada/hilang dari kaum sebelumnya. Seperti mana Allah telah menjadikan para shabat dan para mukminin yang membenarkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad sebagai penggani terhadap kaum kafir quraisy. Inilah salah satu dari ribuan contoh dari sejarah ummat yang Allah tunjukan pada kita agar kita berwaspada dengan setiap tingkah kita.
Ciri generasi yang tertulis dalam Al-Ma'idah (5):54 adalah:
- Yuhibbuhum wa yuhibbuunah, dicintai Allah dan mencintai Allah.
- 'Adzillatin 'alal mu'minin, bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukin.
- A'izzatin 'alal kafirin, bersikap tegas terhadap orang-orang kafir.
- Yujahiduuna fii sabiilillah, sentiasa berjihad di jalan Allah.
- Laa yakhaafuuna laumata laa-im, tidak takut celaan orang yang suka mencela.
- Memberikan wala'-nya (loyal) kepada Allah, Rasul dan orang-orang mukmin yang menegakan solat, menunaikan zakat dan tunduk kepada Allah.
Tidak mustahil sekiranya umat zaman kita ini digantikan dengan yang lebih baik disis Allah sekiranya kita tidak balik kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunnah). Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Sungguh jangan sampai tiba waktu Allah menggantian kita baru kita nak menyesal. Astaghfirullah....
Jadi sahabat mari kita sama-sama bersihkan kembali diri, baliklah kepada Illahi dan Rasul yang telah djadikan buat kita dan jadilah seperti individu yang telah disebut dalam ayat diatas. Mulalah dari sekarang dan ingatlah jangan sampai kita menyesal. Wallahua'lam.
Sumber:
- Al-Quran tafsir
- Tarbiyah Dzatiyah by Solikhin Abu 'Izzudin
Friday, May 22, 2009
Bingkai Kehidupan (Izzatul Islam)
Mengharungi samudra kehidupan;
Kita ibarat para pengembara;
Hidup ini adalah perjuangan;
Tiada masa tuk berpangku tangan.
Setiap tetes peluh dan darah;
Tak akan sirna ditelan masa;
Segores luka di jalan Allah;
Kan menjadi saksi pengorbanan.
Allah ghoyatuna;
Arrasul qudwatuna;
Al-Quran dusturuna;
Al jihadu sabiliuna;
Almautu fi sabilillah;
Asma amanina.
Allah adalah tujuan kami;
Rasulullah teladan kami;
Al-Quran pedoman hidup kami;
Jihad adalah jalan juang kami;
Mati dijalan Allah adalah;
Cita-cita kami tertinggi.
Afwan sahabat lama dah tak hntr apa2 kat blog...sibuk mmungkin (apakah benar alasan ini???). Kali nie ana hntr lirik lagu plak. ana suka betul lirik lagu nie terutama klau ana rasa down. lagu nie mcm bg semangat utk ana terus semangat jihad...dunia dan akhirat insyallah...
Harapnya lagu nie pun buat sahabat2 semua jd lebih semangat...ini sekadar perkongsian...dan moga2 bermanfaat...wallahua'lam

Thursday, May 14, 2009
I'm too BUSY
I’M TOO BUSY…..
Everyday as I wake up at dawn
My mind starts working the moment I yawn
There were many things to do, o dear!
That’s why I hastily did my Subuh prayer
I didn’t have time to sit longer to praise the Lord
To me rushing out after prayer is nothing odd….
Since school, I had been busy every minute
Completing my tutorials and handing it in
My ECAs took up most of my time always
No time did I have to Allah to pray
Too many things to do and zikir is rare
For Allah, I really had no time to spare…
When I grew up and started my career
Working all day to secure my future
When I reached home, I preferred to have fun
I chatted on the phone but I didn’t read the Quran
I spent too much time surfing the internet
Sad to say, my faith was falling flat…
The only time I have left is weekends
During which I prefer window shopping with friends
I couldn’t spare time to go to the mosque
I’m too busy, that’s the BIG EXCUSE…
I did my five prayers but did so quickly
After prayer, I didn’t sit longer to reflect quietly
I didn’t have time to help the needy ones
I was loaded with work as my precious time runs
No time at all to visit a sick Muslim friend
To orphans and elderly, I hardly lent a hand
I’m too busy to do community service
When there were gatherings, I helped the least
My life is already full of stress
So I didn’t counsel a Muslim in distress
I didn’t spend much time with my family
Because I thought, doing so is a waste of time…
No time to share with non-muslim about Islam
Even though I know, inviting causes no harm
No time to do Sunnah prayers at all
All these contribute to my imaan’s fall
I’m busy here and busy there
I’ve no time at all, that’s all I care
I went for religious lessons, just once in a while
‘Coz I’m too busy making a pile…
I worked all day and I slept all night
Too tired for Tahajjud and it seemed not right
To me, earning a living was already tough
So I only did basic deeds but that’s not enough…
No time at all to admire God’s creation
No time to praise Allah and seek His Compassion
Although I know how short is my life
For Islam I really didn’t strive…
Finally the day comes, when the Lord calls for me
And I stood before Him with my Life’s History
I feel so guilty because I could have prayed more
Isn’t that what a Muslim lives for?
To thank Allah and do more good deeds
And the Quran is for us all to read…
Now at Judgement Day, I’m starting to fret
I’ve wasted my life but it’s too late to regret
My entry to Paradise depends on my good behaviour
But I’ve not done enough nor did proper prayer
My “good deed book” is given from my right
An angel opened my “book” and read out my plight
Then the angel chided me…
“ O You Muslim servant, you are the one,
Who is given enough time, yet not much is done
Do you know that your faith is loose?
Saying “no time” is only an excuse
Your “good deed book” should be filled up more
With all the good work you stood up for…
Hence, I only recorded those little good deeds
As I say this, I know your eyes will mist…
I was about to write some more, you see
But I did not have, THE TIME to list……
ZAAZ
sekerdil da'ie di bumi Ilahi
“But if they turn away, say "Allah is sufficient for me. La ilaha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), in Him I put my trust and He is the Lord of the Mighty Throne.""(Quran At-Taubah(9) : 129)

Subscribe to:
Posts (Atom)